You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.
E-Culture Sabah App

Aplikasi E-Culture Sabah ini dihasilkan dibawah naungan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) bertujuan untuk memulihara dan memupuk kesedaran serta pengetahuan tentang kepelbagaian dan keunikkan etnik-etnik yang terdapat di negeri Sabah melalui satu platform aplikasi

Aplikasi E-Culture Sabah ini dihasilkan dibawah naungan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) bertujuan untuk memulihara dan memupuk kesedaran serta pengetahuan tentang kepelbagaian dan keunikkan etnik-etnik yang terdapat di negeri Sabah melalui satu platform aplikasi

E-Culture Sabah App

by E-Culture Sabah
E-Culture Sabah App
E-Culture Sabah App
E-Culture Sabah App

What is it about?

Aplikasi E-Culture Sabah ini dihasilkan dibawah naungan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) bertujuan untuk memulihara dan memupuk kesedaran serta pengetahuan tentang kepelbagaian dan keunikkan etnik-etnik yang terdapat di negeri Sabah melalui satu platform aplikasi. Aplikasi E-Culture Sabah ini dihasilkan sesuai dengan tema “Ke Arah Pendigitalan Budaya Etnik Sabah”.

E-Culture Sabah App

App Details

Version
3.0
Rating
NA
Size
22Mb
Genre
Reference
Last updated
February 27, 2022
Release date
July 15, 2021
More info

App Screenshots

E-Culture Sabah App screenshot-0
E-Culture Sabah App screenshot-1
E-Culture Sabah App screenshot-2
E-Culture Sabah App screenshot-3

App Store Description

Aplikasi E-Culture Sabah ini dihasilkan dibawah naungan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) bertujuan untuk memulihara dan memupuk kesedaran serta pengetahuan tentang kepelbagaian dan keunikkan etnik-etnik yang terdapat di negeri Sabah melalui satu platform aplikasi. Aplikasi E-Culture Sabah ini dihasilkan sesuai dengan tema “Ke Arah Pendigitalan Budaya Etnik Sabah”.

Tajuk Aplikasi adalah “E-Culture Sabah”, E yang dimaksudkan dalam perkataan E-Culture adalah singkatan bagi perkataan “Electronic” atau “Educational” dimana Aplikasi ini berunsurkan lebih kepada infografik yang boleh menarik perhatian orang ramai untuk memahami dan mempelajari kepelbagaian suku kaum etnik di Sabah.

Terdapat 35 etnik dan 217 sub-etnik di Sabah yang boleh disub-kategorikan dalam satu platfom dan satu aplikasi dari segi pengenalan khusus dalam bentuk infografik yang padat dan senang difahami tentang setiap jenis etnik seperti:-
1) Sejarah & Latar Belakang
2) Adat Resam Turun-temurun
3) Kepercayaan , Amalan dan Pantang Larang
4) Alat Muzik dan Tarian Tradisional
5) Pakaian Tradisional Etnik
6) Makanan Tradisional
7) Bahasa Etnik

Dalam aplikasi ini, para pengguna boleh belajar bahasa etnik asas dalam bentuk audio untuk setiap suku kaum di Sabah. Hal ini dapat memberi pendedahan dan memupuk semangat saling hormat menghormati di kalangan suku kaum yang lain dalam Sabah. Secara tidak langsung, aplikasi E-Culture Sabah dapat membantu dari segi pemuliharan dan pengetahuan umum bagi asal usul kebudayaan dan kepelbagaian suku kaum di Sabah khususnya kepada generasi muda yang akan datang. Ciri-ciri pempelajari bahasa etnik akan ditambah dari masa ke semasa dalam versi akan datang.

Aplikasi yang dihasilkan adalah bertujuan untuk memperkenalkan kebudayaan yang terdapat di Negeri Sabah melalui platform digital generasi muda (Gen-Y & Z)

Berikut adalah senarai etnik yang terdapat dalam aplikasi ini:
- Etnik Cocos
- Etnik Kujau
- Etnik Murut Kolor
- Etnik Orang Sungai Buludupi
- Etnik Iranun
- Etnik Idahan
- Etnik Subpan
- Etnik Tombonuo
- Etnik Tobilung
- Etnik Sandayo
- Etnik Rungus
- Etnik Lundayeh
- Etnik Kadayan
- Etnik Kagayan
- Etnik Dumpas
- Etnik Balabak
- Etnik Tinagas
- Etnik Sukang
- Etnik Sino Native
- Etnik Dusun Kimaragang
- Etnik Sonsogon
- Etnik Tatana
- Etnik Bannaran
- Etnik-etnik lain (Nantikan versi yang akan datang)

Setiap etnik di Sabah mempunyai identity budaya tersendiri. Keaslian sesebuah budaya adalah sangat bernilai untuk dipelihara agar tidak pupus ditelan zaman. Kepercayaan dan amalan setiap etnik yang diwarisi daripada nenek moyang menjadi panduan bagi masyarakat setiap etnik dalam menjalani kehidupan seharian. Walaupun terdedah kepada perubahan moden tetapi semua kepercayaan dan amalan tersebut masih diamalkan sehingga kini. Begitu juga dengan makanan tradisi dalam hidangan setiap etnik sehingga ke hari ini. Makanan-makanan tradisi tersebut masih digemari dan menjadi hidangan dalam mana-mana kenduri yang diadakan. Selain itu, setiap etnik mempunyai adat resam yang masih diamalkan sehingga kini. Adat dianggap sebagai peraturan yang diamalkan sejak turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi kewajipan untuk dipatuhi.

Aplikasi yang disediakan ini dalam bentuk Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) dan terdapat juga Bahasa Ibunda Etnik dan akan ada penambahan ciri-ciri dan infografik dalam versi yang akan datang dari masa ke semasa. Semoga bermanfaat menggunakan Aplikasi E-Culture Sabah ini.
Terima kasih.

Disclaimer:
AppAdvice does not own this application and only provides images and links contained in the iTunes Search API, to help our users find the best apps to download. If you are the developer of this app and would like your information removed, please send a request to takedown@appadvice.com and your information will be removed.