You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.
ePayslip JANM

ePayslip JANM ialah Aplikasi Mudah Alih untuk Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL)

ePayslip JANM ialah Aplikasi Mudah Alih untuk Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL)

ePayslip JANM

by GOVERNMENT OF MALAYSIA
ePayslip JANM
ePayslip JANM
ePayslip JANM

What is it about?

ePayslip JANM ialah Aplikasi Mudah Alih untuk Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL). Sistem ini digunakan oleh pengguna dalam kalangan Penjawat Awam Persekutuan untuk:

ePayslip JANM

App Details

Version
1.2.1
Rating
NA
Size
35Mb
Genre
Business
Last updated
November 20, 2023
Release date
October 2, 2019
More info

App Store Description

ePayslip JANM ialah Aplikasi Mudah Alih untuk Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL). Sistem ini digunakan oleh pengguna dalam kalangan Penjawat Awam Persekutuan untuk:

1. Muat Turun Penyata Gaji Bulanan
2. Muat turun Penyata Pendapatan Tahunan
3. Muat Turun Penyata Gaji Untuk Pinjaman
4. Mengemas kini Profil Pengguna (E-mel dan Nombor Telefon)
5. Berikan maklum balas Permohonan
6. Terima pengumuman terkini daripada JANM

[Apa yang anda perlu tahu sebagai PENGGUNA BARU?]
+ Anda adalah PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN + Anda BUKAN daripada Agensi Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Agensi Berkanun dan Tentera.
+ Anda MEMPUNYAI No. Gaji yang diterima daripada Unit Gaji Agensi anda
+ Anda mesti DAFTAR dahulu sebelum mula log masuk

[Penyata Gaji Bulanan]
Dokumen Penyata Gaji Bulanan dijana oleh sistem setiap bulan dan menjadi tanggungjawab pemilik untuk memuat turun dan menyimpannya. Sistem hanya menyimpan dokumen untuk 18 bulan terakhir sahaja.

[Penyata Pendapatan Tahunan]
Dokumen Penyata Pendapatan Tahunan akan dijana setiap tahun dan disimpan dalam sistem untuk 7 tahun semasa sahaja. Maklumat Penyata Pendapatan Tahunan telah dipautkan terus kepada sistem eFiling LHDN.

[Penyata Gaji Untuk Pinjaman]
Penyata Gaji Khas Bulanan Penjawat Awam Persekutuan dengan ciri keselamatan Kod QR boleh dijana untuk 3 bulan terakhir. Setiap dokumen mempunyai Kod QR yang unik dan tempoh sah dokumen adalah selama 30 hari (kecuali Sabtu dan Ahad) sahaja. Tarikh tamat tempoh akan dicetak pada dokumen. Pengesahan kendiri atau semakan Institusi Kewangan boleh dibuat dengan memberikan maklumat No. Kad Pengenalan, No. Gaji dan No. Kod QR di URL berikut: https://payslipverification.anm.gov.my/.

[Format Dokumen]
Setiap dokumen yang dimuat turun adalah dalam format PDF. Setiap pengguna mesti memastikan bahawa aplikasi PDF Viewer tersedia pada telefon mereka.

Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki sebarang kelemahan dalam penggunaan aplikasi mudah alih kami, dan amat menghargai maklum balas yang diberikan. Sebarang masalah dalam penggunaan aplikasi mudah alih ini boleh terus disalurkan menerusi capaian berikut: https://bit.ly/aduan-epayslipjanm


Jika anda menyukai aplikasi kami, sila tambahkan kemanisan dalam senyuman kami dengan memberikan komen yang membina serta 5 bintang :)

Disclaimer:
AppAdvice does not own this application and only provides images and links contained in the iTunes Search API, to help our users find the best apps to download. If you are the developer of this app and would like your information removed, please send a request to takedown@appadvice.com and your information will be removed.